Monday, 27 February 2012

♥¸.•´¸.•*¨ Istikharah Cintaku ¸.•* ¸.•´ ♥

Assalamualaikum wbt...


Hmm.. berlarinya jari jemari ini membawa seribu perkhabaran.. Yg baik kita jadikan tauladan yg buruk kita jadikan sempadan..


Sebenarnya hati ini mulai goyah.. Ntahlah.. Sejak akhir2 ini.. Zahir aq memey nmpk happy.. Tp dalaman ney terasa ada sesuatu yg kurang enak..
Awat ek aq rasa mcm 2.. Maka aq kembali kpd fitrah insani.. 
Apakah aq sebagai makhluk ciptaanNya acap kali leka akan suruhanNya?? Ya !
Apakah aq sering lalai dr mengingatiNya?? Ya !
Apakah hati kecil ini lalai dlm membisikan rinduku padaNya?? Ya !

Ya Allah.. aq hambaMu yg sering leka.. Yg sering lalai.. Ampunkahlah segala dosa2 masa laluku.. dosa2 semasaku dan dosa2 mendatangku.. Hanya padaMu tempat makhluk meminta dan berharap..


Goyahnya hati ini memilih yg terbaik utkku.. Kau jualah tempat ku bersandar harapan.. Moga pilihanku menjadi pilihan terbaik dari sisiMu juga..
Bimbinglah jawapanku dalam istikharah cintaku ini..


Aq hanya mohon yg terbaik Ya Allah.. Berilah aq insan yg mampu melembutkan hatiku menuju FirdausiMu.. Berilah aq insan yg mengalun2 bisikan2 cintanya kepadaMu.. Hadiahkanlah aq insan yg mampu menjadikan aq seorang muslimah agung yg Kau redhai.. 


Aq melutut.. Merayu.. Memohon.. Agar Kau kurniakan aq seorang insan yg mampu menjadi suami yg soleh buatku dan ayah yg terbaik buat zuriat2ku.. Agar kami mampu berteduh dgn lembayung keredhaanMu di bawah kepimpinannya..




Terdetik sudah di hati ini ingin mengecapi alam indah dalam sebuah akad yg sah.. Namun hati masih tertanya2 mampukah aq memikul beban tanggungjawab yg menggunung?
Bersediakan aq menanggung amanah yg diletak dibahuku.. Menjadi permaisuri idaman setiap lelaki soleh?
Layakkah aq menjadi ummi yg terbaik selaku role model untuk permata2ku kelak?


Ya Allah.. Berilah aq petunjukMu.. Lapangkan dadaku dengan jawapan dalam keredhaanMu.. Suluhkan kelamku dengan sinar nur petunjukMu.. Aq hambaMu yg hina mohon bimbinganMu..


Ya Allah..
Jika dia tercipta utkku Ya Allah.. Kau dekatkanlah hati2 kami.. Kau seiringkanlah kami menuju RedhaMu.. Kau satukanlah kami dalam lafaz akad yg indah.. Kau terangi jalan kami dengan cahaya maghfirahMu.. Kau permudahkan jalan kami menuju RedhaMu.. Kau bukakan bagi kami segala pintu berkahMu.. Kau izinkan aq menjadi permaisuri solehah di sisinya.. Kau izinkanlah aq melahirkan zuriat2 teragung untuknya..
Kau jauhi kami dari liku2 serta onak2 duriMu.. Kau jauhilah kami dari sebarang fitnah dan halangan yg berat.. Kau perkenankanlah kami bersatu hingga ke FirdausiMu..


Namun Ya Allah.. Jika bukan aq pemilik tulang rusuk dia.. Kau bawalah bayangannya jauh dari pandanganku.. Kau hapuskanlah rasa cinta dan kasih yg bersemi disanubariku ini utknya Ya Allah..  Kau mudahkan aq melupainya.. Kau kuatkan hatiku menerima ketentuanMu.. Kau lenyapkan rindu yg bersarang tegar di sudut hatiku ini Ya Allah.. Sesungguhnya hilangnya dye dari hidupku umpama hilang separuh nyawaku, lemah sendi2ku, rapuh dahan ku bertaut kerana berdegupnya jantungku seiring namanya menjadi melodi terindah.. Aq akui jauh xterselam di dasar hatiku terukir indah sekeping nama miliknya.. Seusai solat2ku akan ku titipkan namanya agar menjadi pendampingku hingga ke firdausi kelak.. Namun hanya Engkau sebaik2 perancang Ya Allah.. Segala aturanMu keterima dengan redha.. 



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..






Indahnya andai aq dihadiahkan lagu ini.. Pendamping idaman lelaki soleh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...