Assalamualaikum .. Hyepp cik bloggy .. Lama sudaa tidak asah bakat berkarya .. Meh nk asah cket ari ney .. Tetengah mood nk mencoret muncul neyh ..
Adat berkasih .. Ada pasang ada surutnya .. Ada cerah ada mendungnya .. Bijak kita menghadapinya, bahagialah pengakhirannya ..
2 pepatah cinta yg sy dpt .. Betoikah ? Erm .. Insya' Allah .. Mudah2an begitulah .. Penatlah kalau asyik nk bertekak dan bertegang urat ja .. Stress jadinya .. huhu =(
This post is special 4 incik2 lelaki kt luar sana .. Perempuan ni hati mereka sgt lembut .. Lebih lembut dari kelopak mawar .. Sekali terluka, amat payah utk sembuh .. Tp kerana kasih yg mendalam pasti hanya redha yg menjadi tonggak utama sang wanita .. Mengalah bukan bererti kalah ..
Ini bukan kerana lelaki tidak punya hati @ lelaki tidak akan terluka .. Tp Allah ciptakan lelaki dengan semangat jitu seorang pejuang dan pemimpin yang hebat .. Seorang lelaki tidak akan terbawak dengan emosi duka mahupun laranya tika membuat keputusan kecuali atas desakan nafsu liar dan nafsu amarah , mereka akan membuat keputusan yang salah .. Ketahuilah wahai sang arjuna .. Seorang wanita itu dipandang mulia di sisi Allah ..
Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama Engkau menciptakan wanita ???"
Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku
ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak
pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati
dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".
Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin! "
Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan,
kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak
beban baginya?"
Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."
"Untuk apa???", tanya malaikat.
Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian,
penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan
mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan
kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya
menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat
terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan
ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia
gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia
mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia
mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat
menyembuhkan luka.
Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi
seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang
dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika
orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa
ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang
dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana
itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."
Wallahu'alam..............
Wahai lelaki .. Tidaklah sukar utkmu menjaga hati seorang wanita .. Cukup andai engkau memberi perhatian dan kasih sayang yg sempurna ..
Wahai lelaki .. Seorang wanita amat gemarkan kejutan .. Tidak salah andai sekali sekala anda hiburkan hatinya dengan kejutannya yang tidak di sangka2 .. Contohnya, ketika pertemuan pertama, anda hadiahkan sesuatu utknya .. Cukup sekadar sepontong kek @ coklat .. Tidak perlu hadiah yg mahal2 untuk mengambil hatinya .. Dia akan begitu terharu dengan kejutan anda itu ..
Wahai lelaki .. Seorang wanita sangat mudah tersentuh (merajuk) .. Anda boleh cuba memujuknya dengan perkataan2 lembut dan ayat2 cinta agar dia rasa disayangi .. Dengan itu, hati yg panas akan kembali sejuk dan anda akan dapat melihat senyuman manis di wajahnya semula ..
Wahai lelaki .. Seorang wanita amat sukakan perhatian .. Tidak salah andai setiap detik apabila berjauhan anda mengirimkan pertanyaan tentang keadaannya @ menelefonnya hanya utk mengungkapkan ' I MISS U SAYANG ' .. Itu sudah cukup membuatnya berbangga kerana memiliki anda yg begitu menyayanginya ..
Wahai lelaki .. Seorang wanita amat cintakan kepada kelembutan .. Maka anda haruslah melayaninya dengan lemah lembut dan bertolak ansur kerana setiap amarah yg diciptakan wanita hanya kerana emosinya .. Dia tidak pernah bermaksudkan apa2 ketika marah .. Anda harus bijak mengawal keadaan .. Peluklah dia dan tenangkan dia dalam dakapan cintamu .. Cuba bercakap dalam nada yg lembut .. Saat itu dia akan mendengar dengan baik, kerana api yg marak jika disimbah dengan air, terpadamlah api itu .. Anda akan dapat menyelesaikan masalah dengan mudah ..
Wahai lelaki .. Jika anda tidak cuba mengenali wanitamu .. Dikuatiri ada insan lain yg cuba belajar mengenali dari setiap air matanya ..
# Cik bloggy .. suma ni sy rasakan sgt2 berguna utk dikongsikan ..
~ hatiselembutkelopakmawar~