Wednesday, 9 January 2013

Siapalah kita utk menghukum ???

 Assalamualaikum .. Hyep Cik Bloggy .. Yup2 .. Bertemu lg .. Kali ney p0wn ada cerita utk pengajaran bersama jugakkk .. Mari kita hayati sama2 k .. (T_T)
 
Allahurabbi.. Kita takde hak nk menilai orang.. Semoga cerita ni memberi pengajaran utk anda..

Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak ada rasa sebarang tanggungjawab?”

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”

“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!”
jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamdulillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa sila tanya jururawat saya.”

Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu kepada jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis pembedahan, doktor perlu bergegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

Bapa budak tu terdiam.

Manusia biasanya hanya melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….

Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.. Adakah anda seorang daripadanya? Sama-sama kita renungkan..

1 Day = 1 ❤


Assalamualaikum .. Hyepp Cik Bloggy .. :D

Woahh .. Ari ney .. Berkobar2 ja nk menaip .. Bukan apa .. Gumbira terlebiyhhh .. hehe
Tp org2 tua slalu pesan .. Kalau kita gembira .. Jangan berlebiyh2 .. Tak0wt nnti menangis .. Cm 2 jugak dgn syg @ benci org .. Sbb depa kata ~ Tak mustahil org yg kita sayang akan jadi org paling kita benci dan org yang kita benci akan jd org yang paling kita sayang .. Contoh ada depan mata .. hehe
Dulu kan sy xsuka + menyampah dekat my hubby .. But, looking now, terseksa menahan rindu bila berjauhan .. huhu (^_^) *blushing

Okey2 .. Meh nk cita sebab pa sonok cgt .. Sy tgh main game dgn incik s0mi .. Game cena ? Owait .. Let me story .. heee
Game ney senang ja .. Dalam 1 ari 2 .. Jangan bertengkar langsung .. Ermm .. Yup Cik Bloggy .. Kami ney rajin bertekak .. Kdg2 sal remeh temeh p0wn nk bertegang urat .. N ofkos sy akan terasa ari n nanges .. hurmm .. Sy p0wn xphm kenapa suma ney jadik .. Mungkin faktor kami dok berjauhan k0wt .. Xmerasai lg alam rumah tangga yg sebenar .. Susah senang bersama 2 xterasa g .. 
Kdg2 asa mcm incik s0mi ney lgsg xphm sy .. N kdg2 asa mcm semua benda dye nk bertentangan dgn sy .. Ermm .. Bnyk lg liku2 sy nk kena tempuh ney .. Bnyk lg halangan dan cabaran harus sy lalui ney .. Doakan sy tabah n sabar itu slalu jd milik sy ye Cik Bloggy .. (--_--)
*Oitt .. dh kenapa masuk citer2 sedih plak aku neyh ..

Ehem2 ..(cover2 ..cover ayaq mata) Erm .. Mcm 2 la citanya Cik Bloggy .. Sbb 2 la sy decide nk wat game ney .. Nak tgk sejauh mana kami mampu bertahan tanpa bertekak day by day .. N kelmarin merupakan ari pertama kami xbertekak sepanjang game ney berjalan .. (^_~) 

  
   

Monday, 7 January 2013

Kerana Dia Seorang Ayah .. (Y_Y)

Assalamualaikum Cik Bloggy .. Heyppp .. Ari ney sy ada benda nk kongsi ngan Cik Bloggy .. Sal cita sedih untuk pedoman kita semua ..
Mari hayatinyaaa .. (amek tisu kesat air mata)

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...
 



Sunday, 6 January 2013

SETIA HUJUNG NYAWA ❤❤❤

Drama setia hujung nyawa telah mengisi Slot Akasia TV3 mulai 24 Disember 2012 menggantikan drama Cinta Itu Milikku yang baru sahaja berakhir. Antara pelakon yang membintangi drama 28 episod ini ialah Nellydia Senrose, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema, Zila Bakarin, Sura Sojangi, Hilal Azman dan Bea Rameshan. Drama ini merupakan adaptasi dari novel tulisan Fatin Nabila
Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA:
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?
Review: Jalan cerita yang menarik  lebih-lebih lagi pengarahnya ialah Rosyam Nor. Banyak pengajaran yang tersirat kita akan dapat dari drama ini. memang terbaik lah drama ni. Pelakon hebat membuatkan lebih teruja untuk menonton. *hensem hero dalam drama ni* . hahaha

WELCOME 2013 (^_~)

Assalamualaikum ..

0pss .. Cik Bloggy dh xkenal sy kew ? huhu
Maaf .. Maaf yg tercgt2 .. Bukan niat hati untuk mengabaikan Cik Bloggy .. Jauh skali  melupakanmu wahai Cik Bloggy .. Ntahlah .. Minat utk bercoret tiba2 terhenti seketika ari 2 .. Gara2 pulang ke tanah air pada saat2 akhir sebelom majlis perkahwinan sy .. Sy jadik ........ Erm cgt2 blur .. Xtaw nk coret apa .. Langsung xdak idea .. Mmg dh janji nk share sal p Korea n sal my wedding .. But, I'm so sorry .. Sy btol2 xdak masa + xdak idea .. 

But n0w .. Sy dh bangkit dan bangun dr suma itu .. Insya' Allah we will keep in touch again n again n again .. :D ngeeeeeee

Where we will start Cik Bloggy ?? (^_^)

0key .. Let me shared u about my trip 2 KOREA .. 0whhfoo .. Saat2 yg paling sy xbleyh lupa ialah saat jejak kaki kt Korea .. Mcm2 rasa ada .. Sronok 2 harusss .. Xpercaya p0wn ada .. Ia mcm sebuah mmpi di siang hari .. hehehe
On 26/11/2012 kami sampai kt Airport Incheon, Korea 2 pagi lg la .. Sej0kkk ya amat .. Sy ckp kuar2 asap .. hehehe .. Teruja gilerrr .. Trip pertama kami ke Nami Island .. Alaa tempat pengambaran Winter Sonata 2 .. :D
Stay jln2 sana smpai tengah hari .. Then terus g mkn .. Woaahhh .. 1'st time jumpak makanan korea .. C cgt2 terujaaa .. :D
Makanan depa hidang cket2 ja .. Ada kimchi ofkos (makanan tradisi depa), rolling egg, sup jugak ofkos (menu wajib) pastu ada la berbagai2 lg jeruk2 la, apa lg ntah .. Tp best .. Xmcm makanan kt China dulu .. heeeee (membandingkan puleeekk)

Malamnya kami still stay kt hotel ala2 apartment .. Ada dapur bagai .. Perghhh .. Cgt2 awesome .. :D   
Es0wk 2 p Ski World pas 2 Ever Land .. 
Pokok pangkalnya .. Hidup sy enjoy cgt2 kt sana .. :D
Ney serba sedikit bingkisannya .. :D











       
Now we go 2 my wedding day .. :D

Seperti biasa .. gambar akan menceritakan segalanya2 .. hehe







   That's all ye Cik Bloggy .. Sy janji .. Nnti ada apa2 yg best sy up lgik taw.. Tatatititutu .. :*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...