Drama setia hujung nyawa telah mengisi Slot Akasia TV3 mulai 24 Disember 2012 menggantikan drama Cinta Itu Milikku yang baru sahaja berakhir. Antara pelakon yang membintangi drama 28 episod ini ialah Nellydia Senrose, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema, Zila Bakarin, Sura Sojangi, Hilal Azman dan Bea Rameshan. Drama ini merupakan adaptasi dari novel tulisan Fatin Nabila.
Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA:
Mengisahkan
kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan
kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan
mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu
Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina
yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada
awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri.
Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula
seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan
sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan
romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah
dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan
cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat
menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar
apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan
Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup
Ersalina.
Sementara
itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan
Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain
untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah
memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada
Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza?
Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?
Review: Jalan cerita yang menarik lebih-lebih lagi pengarahnya ialah Rosyam Nor.
Banyak pengajaran yang tersirat kita akan dapat dari drama ini. memang
terbaik lah drama ni. Pelakon hebat membuatkan lebih teruja untuk
menonton. *hensem hero dalam drama ni* . hahaha




No comments:
Post a Comment