Tuesday, 30 October 2012

╰♥✽♥╮ My Bufday╰♥✽♥╮



Assalamualaikum .. Hyeepp Cik Bloggy .. Everything okey ? Hope so .. :D

Alhamdulillah .. Ari ni start keja dh setelah 4 ari bercuti bersama incik s0mi .. What a great time we had spent 2gether .. Huyuuu .. S0n0k k0wt bila bersama 0wg yg tersaiyang neyh .. :D
(sampai lupa kt cik bloggy la) hehehe

Okey .. Meh wish cepat 4 my belated bufday on 27 October yg lalu .. (^___^)
My hubby jadi ke 2 yg wish .. hukhukhuk ..
Dye lupa nk wish sbb sy tid0w awai mlm 2 .. Xpa la .. Janji dye ingat jugak nk wish pg 2 .. Taon ney xramai yg wish kt phone .. Maybe seb0k beraya n makan daging korban k0wt .. huuu

Adiah pertama yg sy dpt dr adik ipaq sy .. Dye sedekahkan RM5 .. Sweeetttkan adik ipaq sy .. :D
Um0 bawu 7 ta0n  .. Tp bnyk ckp .. :)
Adiah ke 2 dr incik s0mi, sebijik kek n rantai dr batu gunung berapi .. Katanya utk kesihatan .. Sy tgk mcm tangkal p0wn ada .. hehe :D
 (b !! mana munga n coklat ?? Janji nk bg ?? :( )

Ney pic yg sempat di snap .. 

          


Alhamdulillah .. Segala pujian hanya utkMu Ya Allah ..
Dh 23 tahun Allah bagi kesempatan utkku terus menumpang dan menghirup udara segar dibumi ini .. Menempuh onak duri dan jatuh bangun kehidupanku slama ini .. Syukur .. Masih diberi kesempatan utk membuat kebajikan dan menyuci dosa2 lalu ..╰♥✽♥╮

Alhamdulillah ..
Setelah umurku 23 tahun, Kau hadiahkan pendamping utkku berkongsi suka duka tangis
dan tawa .. Kau hadiahkan bahu utkku bersandar saat lelah dan hiba .. Syukur yang xterhingga Ya Allah .. Kau bahagiakanlah kami hingga ke Firdausi ..╰♥✽♥╮

Alhamdulillah ..
Selaut kesyukuran atas apa yg Kau rencanakan utkku Ya Allah .. Baik dari segi rezekiku, kehidupanku, keperluanku, dan seluruh perjalanan kehidupanku ..
Syukur Ya Allah .. Syukur ..╰♥✽♥╮

Ya Allah ,
Kau ampunkalah dosa2 masa lalu dan dosa2 mendatangku ..
Kau permudahkanlah segala urusanku ..
Kau cerahkanlah masa depanku ..
Kau tempatkanlah aku dikalangan hambaMu yg beriman ..
Kau hidup dan matikanlah aku dalam Iman dan Islam ..
Dan Kau bahagiakanlah aku bersama insan2 kesayanganku dunia dan akhirat ..
Aminnn .. Amin Ya Rabbal Alamin .. ╰♥✽♥╮



Raya korban taon ney .. Besa2 jew .. Raya 1'st kt umah incik s0mi .. Raya ke 2 sy balik umah tok, sebab ada korban .. N raya ke 3 kt my home ..
xasa suasana raya cgt la taon ney .. Tatawu napa .. huhu
Maybe sbb dok seb0k wat persiapan nk kenduri k0wt .. 

2 jew la cik bloggy utk kali neyh .. Cmpay berjumpak lg .. :D 
Daaaaaaaaa .. (^^,)  

Monday, 22 October 2012

MY BFF BUFDAY •*❤•*❤•*❤

Assalamualaikum .. Hyepp Cik Bloggy .. :D

2day .. 22/10/2012 adalah ari lahir kawan baik merangkap BFF merangkap jugak sahabat dunia akhirat sy .. Nurul Zakirah binti Zakaria .. 

Kami berkenalan pada Ogos 2009 time sy mula2 praktikal kt Wisma Darul Aman .. Time 2 sy ngan dye xrapat lg .. Just say hye2 bye2 cm 2 jew la .. Then sy abeh praktikal .. Disember 2009 .. Kami p0wn terputus la hubungan seketika .. 

Then, Mac 2010 sy dipanggil utk temuduga kerja kt Wisma Darul Aman ney, sy p0wn amek keputusan nk stay kt umah sewa lama 2 .. Maka berjumpak la semula dgn kwn baik sy ney .. 

Start dr sy masuk semula kt umah 2 la .. Hubungan kami makin ari makin rapat .. Mula2 sy stay kt bilik tgh dgn K.Asma' then bila K.Na masuk umah 2 .. Sy p0wn pindah p bilik depan .. Bilik depan time 2 ada Mclah, Zakirah n Ceah .. Erm .. Sy p0wn dh lupa cena yg kami bleyh rapat cgt2 .. Tid0w sebelah2 .. Time nk tid0w, wajib2 borak2 then pegang tgn masing2 .. Sampai tertid0w .. Zakirah ckp ada gak Mclah n Ceah d0k perli2 dye rapat cgt ngan sy .. Erm .. Tp mang sy jaga sungguh ati dye .. Apa2 p0wn msti sy akan mengalah ngan dye .. Lau dye maj0k, sy akan p puj0k dye .. Time 2 mmg kami rapat giler2 .. Then, yg bleyh wat kami renggang time sy ada bf .. Time 2 dh mula renggang cket2 .. Maklum la .. Zakirah ney pantang cket sy rapat ngan 0wg lain, baik pempuan mahup0wn lelaki .. Mesti dye akan jeles sbb dye tak0wt sy dh xpedulikan dye .. Terus terang time 2 banyak terasa ati ngan dye .. Tp lepas dh settle suma .. Kami rapat balek .. Tp dh slalu cgt gad0h manja .. Kami jd mcm renggang cket demi cket .. :(

Zakirah ney xkan bleyh tgk sy rapat ngan sapa2 .. Mesti dye akan maj0k .. Lau sy xborak ngan dye, tp p d0k borak ngan 0wg lain lam umah 2 .. Mesti jb gi dye akan masam muka .. So, akan ada la adegan puj0k memuj0k .. Lawak bila pk blek moment 2 .. Dh mcm pakwe makwe kan ..hahaha

Dye paling jeles sy ngan Mclah .. Pantang la nmpk kami d0k berdua .. Mesti jabgi dye jeles tw0k .. ehehe
Penah dye face 2 face gtaw sy dye sgt jeles bila sy ngan Mclah .. Sy p0wn puj0k la dye .. Gtaw sy ngan Mclah besa2 ja .. Dye tetap BFF sy .. Tiada pengganti .. Cewah .. hehehe :D

Tapi .. Bila sering kali sy mengalah dgn semua yg terjadi .. Lama kelamaan .. Sy asa bosan n boring .. Sy mula xkesah lau dye xmcg sy .. Mula xkesah lau dye nk jeles .. Suma sbb dye xpnh mengalah dgn sy .. Dye slalu nak menang .. Hmm .. Dr situ hubungan kami makin renggang ..

Alhamdulillah .. Walaup0n mcm2 yg jd .. Kami masih berkawan hgga skrg .. Dye masih pendengar sy yg setia .. Dye masih bahu tempat sy bersandar .. Dye masih menjadi insan kesayangan sy .. Yang mempunyai tempat teristimewa lam ati sy ..

            
Ya Allah,
Aku mohon pada ulangtahun kelahirannya ini,
Kau limpahkanlah kesejahteraan hidup kpdnya ..
Kau bukakanlah pintu rezeki yg halal kpdnya ..
Kau berikanlah kebahagiaan dunia & akhirat kpdnya ..

Ya Rabbi,
Kau yg mengaturkan pertemuan 2 hati ini ..
Kau yg meniitipkan kemesraan 2 jiwa ini ..
Kau yg menghadiahkan kami ukhwah seindah ini ..
Lalu kpdMu aku memohon agar Kau redhailah persahabatan kami hingga ke akhirnya ..
Amin Ya Rabbal Alamin ..

Saya sayang sahabat saya ikhlas kerana Allah -->> Nurul Zakirah
E ♥ P ♥ Y ♥
B ♥ U ♥ F ♥ D ♥ A ♥ Y ♥
Y ♥ U ♥ N ♥ K ♥
 
 
 

Sunday, 21 October 2012

Cara Mengira Waktu Subur Perempuan ..


Assalamualaikum cik bloggy .. Hyeeppp .. Maaf sebab dh lama xmenjenguk kt sni .. Sy sgt2 sibok menguruskan persiapan kenduri sy yg tinggal lg sebulan lebih cket 2 .. huhu
Hujung2 minggu p0wn sy xdpt nk rehat .. :(
Cgt penat .. erm .. Xpa la .. Kawen skali ja seumur id0p .. hiiii

0key .. Ari ni sy nk post sal entry yg sy baca hasil maklumat dari incik S0mi .. :D
Bukan apa .. Just a sharing n pengetahuan utk 0wg pempuan .. Actually, sy p0wn masih merangkak2 nk mempelajarinya .. In fact ! Mmg sy pempuan .. Tp, wat xendah sbb asa cm perlu tawu ja xperlu nk over take it seyes .. But now, it's will be necessary bcoz im married .. huhu
 Menda alah ney cgt penting utk diambil tahu ..
Jom KOPI & PASTA .. Let's gooo ...

 

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat dan merancang keluarga.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
 
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Hari 5-13
 
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
mengira kitaran haid wanita


kitaran haid
BILAKAH WAKTU SUBUR?
 
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period) 
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
 
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
 
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Kesuburan dan peluang kehamilan
Seorang suami bertanya kepada saya, jika tidak mengira dan mengenal pasti waktu kesuburan, berapakah peratus kehamilan seorang wanita? Adakah pasangan lelaki-wanita yang berjima’ sekali saja, boleh hamil?
Menurut kajian yang dilakukan oleh Barrett dan Marshall mendapati hubungan jima’ secara rawak hanya mencapai 24% peluang kehamilan bagi setiap kitaran haids bagi seorang wanita.
Ini bermakna ianya terlalu kecil. Maka peluang untuk kehamilan hanya akan dapat ditinggikan dengan mengenal pasti waktu kesuburan isterinya.
Jadi apakah itu waktu kesuburan (Fertile window)?
Ia adalah waktu yang paling subur di mana waktu beberapa hari dalam setiap kitaran haid untuk mendapatkan kehamilan selepas melakukan jima’. Bagi kitaran haid yang tetap, secara teori, ianya meliputi enam hari iaitu, lima hari sebelum ovulasi dan sehari selepas ovulasi.
Bagi mereka yang keliru dengan perkataan Ovulasi, ia berlaku semasa telur ovum yang matang dilepaskan dari ovari, dan akan bergerak ke tiub fallopian untuk disenyawakan. Bagi kitaran haid yang berlangsung selama 28 hari, ia berlaku antara hari ke 14 atau ke 15 dari hari pertama seseorang wanita itu mengalami pendarahan haid.
Kitaran haid yang tetap kadang kala disangka sebagai kitaran haid yang mengeluarkan telur ovum yang matang (kitaran yang subur), manakala kitaran haid yang tidak tetap kadang-kala dianggap sebagai kitaran haid yang tidak mengeluarkan ovum (kitaran tidak subur).
Namun ianya mungkin berlaku sebaliknya. Ramai wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur namun tetap menghasilkan ovum, manakala yang mempunyai kitaran haid yang teratur pula tidak menghasilkan ovum. Ini semua adalah ketentuan Allah. Maka bersyukurlah wanita yang tidak ada masalah untuk hamil. Bagi wanita yang bermasalah, berdoalah semoga Allah mengubahkan takdirnya.

Bagaimana mengenalpasti Fertile Window?

mengenali fertile window

Fertile Window
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap (28 hari kitaran haidsnya), fertile windowbagi si isteri ialah antara hari ke 10 dan hari ke 15.
Namun bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, bagaimana pula?
Dengan menggunakan kaedah Menandakan Kalendar, seseorang wanita menggunakan kitaran haid yang lepas sebagai panduan dan mengagak masa kesuburannya.
Bermula dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haid selama 8-12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama pendarahan haid sebagai hari pertama bagi kitaran haid itu.
Pilih kitaran haid yang paling panjang dan yang paling pendek. Tolakkan 18 daripada kitaran haid yang terpendek, dan ianya adalah hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakkan 11 daripada kitaran haid yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan. 
Contoh:
Mac 29 hari
April 26 hari (kitar haid terpendek)
May 30 hari
Jun 31 hari (kitar haid terpanjang)
Julai 30 hari

Dalam contoh ini, kitar haid yang terpendek ialah kitaran haid yang mempunyai 26 hari manakala kitar haid yang terpanjang ialah yang mempunyai 31 hari. Tolakkan 18 dari 26 iaitu hari ke 8 sebagai hari subur yang pertama dan tolakkan 11 dari 31 iaitu hari ke 20 sebagai hari subur yang terakhir. Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari ke 20.

Mengagak dengan lebih tepat

Kehamilan hanya akan berlaku jika ada kehadiran ovum iaitu pada pertengahan kitaran haid (bagi kitaran haids yang tetap).
Setelah ovulasi, ovum akan hidup di luar ovari selama 24 jam manakala sperma yang telah dikeluarkan oleh si suami pula boleh hidup selama lima hari di dalam badan wanita.
Maka dalam keadaan yang sempurna, waktu kesuburan (fertile window) hanya berlangsung selama enam hari, iaitu lima hari sebelum ovum dikeluarkan dan 24 jam selepas ovum dikeluarkan (ovulasi)
Namun semuanya bergantung kepada kehadiran cervical mucus yang baik, metabolisma sperma, daya tahan sperma itu, tahap pH pada vagina dan banyak faktor yang tidak dapat dikawal oleh manusia.
Maka saat yang benar-benar subur adalah  sehari sebelum ovulasi dan sehari selepasnya. Peratusan kehamilan adalah lebih tinggi, lebih kurang 60%.
Jika kaedah Menandakan Kalendar ini menjadi sukar bagi sesetengah pasangan, terutama bagi si isteri yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur, ada beberapa cara lain untuk menentukan fertile window.
Antaranya menggunakan alat untuk ujian air kencing. Ia boleh mengesan kenaikan hormon LH secara tiba-tiba (LH surge) yang berlaku 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Apabila ianya positif, hubungan jima’ haruslah dilakukan pada malamnya kerana ia adalah waktu kesuburan.
Dan ada beberapa teknik lain seperti Cervical Mucous Monitoring dan Basal Body Temperature.
Namun yang lebih penting, bukan sahaja cahayamata yang dinantikan tetapi juga menginsafi diri bahawa kejadian kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Ianya hanya pinjaman dan akan diambil semula. Gunakan masa yang ada sebaiknya.

Ya Allah, Kau hadiahkanlah kami zuriat yg soleh dan solehah .. Yang akan menjadi generasi muda yang akan mengagungkan agamaMu .. Amin .. 

Tuesday, 9 October 2012

(¯`*•.¸☆♥ BLeeDinG heaRt ♥☆ ¸.•*´¯)



Assalamualaikum .. Hyep cik bloggy .. Tgk tajuk 2 .. Ermm .. Yes .. Im hurt .. Cik bloggy .. Erm .. Mcm mana nk bgtaw ek .. Ermm .. I miss my incik s0mi .. Rindu nk btekak ngan dye face 2 face .. Rindu nk sikat rambut dye time nk kuar jenjalan .. Rindu nk bubuh 'Tommy man' kt dye kasi wangi2 .. Erm .. Rindu nk teman dye makan .. Rindu nk dok borak2 ngan dye .. Rindu nk pel0k dye erat2 .. Rindu nk jadi makmum dye .. Rindu nk terima kucupan lepas solat dr dye .. Rindu nk tid0w sebelah dye .. Rindu nk landing kepala kt dada dye .. Rindu suma tentang dye !!!! Y_Y

Allah .. Bru 2 ari ja incik s0mi tinggalkan sy .. :(
Ermm .. Agak2 cik bloggy .. Dye rindu sy mcm mana sy tingat kt dye x ?
Yg sy tawu tentang ati dan perasaan sy .. Sekali sy bagi hati ney kt seseorang .. Hanya namanya sentiasa dlm hati dan fikiran sy ..
 



 Someone asked me if i missed you .. I didn't answer it .. I just closed my eyes and walked away then i whisper ..
SO MUCH !! :'(

Sakit upanya berpisah dgn 0wg yg tersayang ney .. Sy dh mula jatuh hati kt incik s0mi sejak kali pertama menggenggam tangan dan saat sy mengucup tangannya .. Saat 2 terasa seperti Allah dh campakkan 1 perasaan kasih dan sayang seorang isteri utk sy kepada suami sy .. 

Ya Allah .. Kau berkatilah hubungan yang baru terbina ini .. Semoga kasih sayang kami berkekalan dan berada di bawah lembayung rahmatMu .. Amin ~

B .. Lebiu n miss u .. :*















Monday, 8 October 2012

Preparation 4 Wedding Day puleekk ◕‿◕


Assalamualaikum cik bloggy .. Awaikan sy menjenguk ari ni .. Bukan apa .. Tgh2 ada idea nk bercerita ney .. Baek singgah siap2 .. Takut nnti xdan @ idea 2 dh larikk .. hehe

0key .. N0w sy nk bercerita tentang preparation 4 my wedding day .. Yg tinggal lg 2 bulan saja lg .. huhu
Tatawu la nk start dr mana cik bloggy .. hmm

Ayah suruh sy wat kad dulu .. Okey .. jb gi petang sy akan ke kedai yg K.CT cleaner kt opis sy ney cadangkan 2 .. Nk p usha2 kad2 yg cantik n murah2 .. Ayah sw0h sy wat 800 keping ,, Maknanya panggilan dlm 3000 lebih la .. Uhuk3 .. Ramai 2 .. huhu
 

 
 Ermm .. cena la nk wat pilihan ek ? Nk wat kad cena ek ?  Adeyh , pening lalat dh sy .. huhu
Incik s0mi relax ja .. aishh .. Xpa2 .. skrg mmg blur lg sbb xp lg kedai kad 2 .. Xtgk lg koleksi2 dye .. Nnti dh p .. Msti kita akan tawu nk wat pilihan cena kannn .. Yeahhh .. Semangat berkobar2 la plak nk p tgk kad2 2 .. hehehe

Tamat bab kad kawen .. Yg ke 2 .. Sal hantaran .. Barang2 suma xbeli lg .. Ermm .. Incik s0mi plak blek Raya Haji nanti ja .. huhu
Perempuan 13 berbalas 11 dr pihak lelaki ..
So, ibu bg cadangan, sy beli barang sy, dye beli barang dye .. Nanti change je la .. Jimat masa nk curik2 time yg sesuai p berdua .. 

Yg wajib ada -->> Sireh junjung, manisan2, cokelat2, bunga telur .. 2 ja la yg 0wg slalu wat p0wn kan ..
0key, barang utk lelaki sy hanya perlukan 5 je lg .. Yg lain Alhamdulillah, mak2 sedara semua tlg settle kan ..

1) Kemeja
2)Kasut
3)Dompet dan tali pinggang
4)Sejadah
5)Barangan peribadi lelaki (pencuci muka or something like that la)

Barang utk perempuan plak .. Yg ney sy blur cket .. Mak mertua xbg taw apa2 p0wn lg.. huk3
Sy bajet2 jew la ye .. Yg slalu org bg utk perempuan ..

1) Al-Quran
2) Telekung
3) Sejadah
4) Beg tangan
5) Kasut
6) Barangan peribadi wanita 
7) Tuala lipat2 2
8) Sireh junjung ( pihak lelaki sedia sendiri)
9) Bunga telur ( pihak lelaki sedia sendiri)
10)
11) SAMSUNG GALAXY / I PAD (b dah janjikan kaannn??) :p

Lg 1 2 wat manisan okey la k0wtkan .. :)

Abeh dh bab kad kawen n hantaran .. Apa lg ek utk persiapan kawen ney ?

✔  Pakej pengantin dh booking
✔ Tarikh kawen dh confirm
✔ Tempat kenduri dh confirm

* Kad Kawen --> OTW nk p tempah
* Panggilan kawan2 --> OTW nk list nama
* Banting / Banner --> tempah dgn kad kawen nanti
* Barang hantara --> Beli cket2 starting now ..
* P fitting baju pengantin --> Remind incik s0mi, raya haji nanti ..
* Goodish bag utk kwn2 terdekat --> Kena p survey dekat RAINBOW, AS ..

Ney ja dulu k0wt .. Nanti sy update apa lg yg nk kena wat .. Idea dh xdak .. Xmampu nk pk dh sbb org dok teb0k dinding kt opis ney .. Naek pekak telinga .. HADOII !! >_<   

Sunday, 7 October 2012

❀ Sweet Time Together .. ✿→❤

Assalamualaikum .. Cik bloggy !! Rindu3333 berjuta2 lemon .. Lama cik bloggy tunggu sy kan .. Maap2 .. Sy ada komitmen lain seketika ari 2 .. Sekarang .. Hmm .. Dh ada masa terluang semula .. Incik s0mi sy dh nk bertolak pulang ke tempat kerja beliau nun jauh d selatan ..huk3 :'( Cdeyhnyer kena tinggaiiii ... uwaaaaaa..sob3 .. isk3 Y_Y

Pg td time salam2 hug2 kiss2 .. Hampir nak nanges dh kt dada dye .. Sapa xsyg s0mi kann .. Tambah plak nk kena tggai lama2 .. Hampir 3 mggu gak sebel0m dye blek sini Raya Haji nanti .. Lama lg laaa .. huk3

Okey2 .. Back 2 the title .. Tanak citer touching2 dh .. Nak citer pengalaman n memori sweet2 jew .. Bawu la semangat cket .. Yg terpisah hanya jarak dan masa bukan hati dan jiwa .. 2 yg sy pegang .. But, im start 2 count the date .. huhu

Adeyh .. Kata nk stop sad part .. Okey2 .. Stop !
Tanggal 28 September 2012 tepat jam 3.00 petang .. Sy, Nur Hanim Binti Ahmad Shabri telah selamat diijab kabulkan dengan Mohammad Shafik Bin Sajahan dengan mas kahwin RM2710 tunai .. Alhamdulillah .. Semuanya berjalan lancar .. Syukur .. Ramai sedara mara n kawan2 yg mai berkumpul .. Malam 2 ada acara potong kek .. Tetamu ada sampai malam .. Wahh .. Mmg penat cgt .. Tp happy .. hehe

Es0wknya, ari sabtu, sy ik0wt incik s0mi blek ke umahnya kt tmn arked .. Stay sana 1 night .. P makan dgn keluarga mertua .. Mula2 mmg kekok nk masuk dlm family mertua ney .. Tp semuanya okey step by step ..

Then, ahadnya .. Kami blek ke Bedong, amek barang then terus ke AS .. Alhamdulillah .. Lepas zohor kami berlepas (berlepas xtahan, konon2 naik flight la 2) (x_x) ke Tanah Mahsuri, Langkawi .. Kami naik ferry kt K.Kedah pukul 1.30 smpai sana dlm pkul 3 lebih .. Kak Shiha (kakak Hanim Elias) dh sedia menuggu.. Terus bergerak ke Pantai Chenang .. Sesat 2, 3 kali gak la .. Al-maklum la bru sampai .. hehehe
Dok bertekak la ngan incik s0mi .. Kiri la kanan la .. Tp last2 alhamdulah .. Jumpak jugekk .. Landing2 dlm bilik dulu .. Malam 2 bru kami g jln2 .. Isi perut kt McD .. Then jln2 usha2 apa yg patot .. Tiba2 .. Kami di offer 1 pakej island 2 island .. S0wg RM25 .. Tggu tok g .. Sy p0wn ajak la incik s0mi join memandangkan kami xdak plan apa2 lg bes0wk ..
Memey terbaikkk laa .. Kami p Pulau Dayang Bunting .. Dok rendam kaki kt tasik dye .. Best2 ! :D
Pas 2 kami ke Pulau Beras Basah .. Pas 2 ke Eagle feeding .. Pengalaman yg menarik ! (^^,)

Petang 2 kami p Makam Mahsuri .. Xdak apa yg best p0wn sebab bkn musim cuti .. Xdak pameran sgt .. huhu

 Ney time lepas breakfast .. Kt tepi pantai, dok tggu 0wg pick up utk ke island hoping..
 Ney time sebelom naik bot ..
 Ney dok atas bot dh .. heeee .. SONOK !! :D
 Ney time rendam kaki kt tasik dayang bunting ..
Ney kt Makam Mahsuri .. :)

Es0wknya .. Kami p ke Cable Car .. P0wn kuciwa gak sbb bridge 2 xbleyh naik .. Tgh selenggara kebenda ntah .. P byq RM 15 sowg naik xsampai 1/2 jam .. Pas 2 dok round2 kot bawah 2 .. Then p Telaga 7 sat .. Then blek la .. huhu

 Ney sebelom naik Cable Car ..

 Incik S0mi tgh teropong apa la khusyuk cgt 2 an ..
 Xbleyh jd .. Sy p0wn kena teropong jugeekk .. :D
 Ney time dlm Cable Car .. Dh nk trun ..
 Ney plak time nk blek dh .. Dh puas round2 kt bwh 2 ..

Ari ke 3, kami p shopping2 kt Ismail Group n Idaman Suri .. Seharian gak kami shopping .. Mlm 2 kuar mkn kt Restoran Thai .. Romantik gak tmpt 2 .. Cam candle light dinner plak .. heeee

Ari ke 4 .. Sy ajak incik S0mi mandi lautttt .. Hotel kami 2 dekat ja dgn laut .. So, lepas breakfast 2 .. Sementara nk tggu check out, kami p berendam kt laut .. Best cgt2 .. hehehe
 Dh puas berendam .. Blek bilik kemas2 apa yg patot .. Then kami p0wn melangkah la utk pulang .. Ari kami nk blek 2 ujang lebat .. Tp nasih baik time ferry kami 2 xujan .. Lau dak, maw bergoyang2 inul dlm ferry .. huhuhu

 Ney time nk gerak dr hotel ke kuah ..
 ney 2 owg kanak2 tersesat tgh boring tggu ferry ..
 Ney audition iklan Colgate yg terbaru .. hehe
 Ney plak maskot Langkawi yg baru .. haha
 Bleyh incik s0mi tid0www .. Adyeh .. cian sy keboringan keseorangan ..
 Ney time tggu housemate, Mclah, my amek .. huhu
Ney konon2 geram la .. Mclah mai amek lewat .. hehehe

2 la serba sedikit percutian kami .. Alhamdulillah .. Sumanya berjalan lancar .. Walaup0wn .. Ada jugak perselisihan phm baru2 kawen ney .. Bertekak cket2 .. Touching cket2 .. Suma 2 lumrah dlm rumah tangga .. Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isterikan .. (btoi kew falsafah sy 2??) hehe

Sy akui, masih bnyk yg perlu sy belajar n perbetoikan .. Syukur alhamdulillah, Allah hadiahkan sy seorang suami yg sabar melayan karenah sy ..  Semoga Allah mempermudahkan perjalanan incik s0mi sy mlm ney .. Dan Allah lindungi perjalanan beliau dr sebarang bahaya .. Amin~~

"B, syg mintak maaf k .. Suma salah n silap syg .. Syg masih newer n masih perlukan masa utk naik dr 1 level ke 1 level yg lain .. Syg arap b tetap sabar n terus jaga hubungan kita ney .. Syg syg b ! (Auch !! Pengakuan kali pertama!) huhu" *blushing
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...