Sunday, 24 July 2011

KeRaNa iNsaN BeRNaMa WaNiTa ~~

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....
Semoga kalam sy kali ini diberkati Sang Pencipta... Insya' Allah...Mudah - mudahan hendakNya...

Ok...kali nie sy nak berkongsi tentang wanita / perempuan yg mmg sinonim ngan kehidupan kita seharian kerana baik siapa pun kita sekarang... Kita lahir dr perut seorang insan bergelar wanita yg dipaggil IBU, MAMA, MAK, MUMMY, UMI, n wht so ever la...terpulang la aper ampa sumer pggil kt ur mum... Dialah wanita yg paling dekat dan paling kita syg...an? an? an? (tetiba jd rindu kt my mum..huhu)

Erm..so..sbg anak kita hargailah ssh pyh ibu kita mengandungkan kita selama 9 bln.. Mengusung perut ke sana ke sini... Dan xpnh la plak perut 2 ditggalkan kt mana2 kalau dia penat kn..  Hmm... Besarnya pengorbanan seorang ibukan... Tp bila dh besar.. Anak 2 mula lupa..mula leka.. dh pndai menengking si ibu..melawan dan yg plg tragisnya ada anak yg smpai sggup memukul dan dan yg pling xbleh trima smpai sanggup membunuh... Astafirullaha'lazim..Mana la perginya kasih syg dan sifat belas kepada si ibu... Time kecik2 si ibu ney la yg menatangnya bagai minyak yg penuh... Dr kita mula bukak mata..smpai la meniarap...pas 2 merangkak pastu bertatih dan smpai kita pndai berlari... Si ibu sentiasa mengawasi anaknya..Sifat keibuannya bimbang sesuatu yg buruk menimpa anaknya... Jatuh nnti luka lutut anaknya.. benjol dahi anaknya... lebam kaki anaknya.. Kalau pun ada luka2 kecil..cepat2 dia sapukan ubt.. Sayu hati si ibu melihat anak menangis...cpt2 dia pujuk dan mendakap si anak penuh kasih syg... Adakah tega seorang anak memukul ibunya sendiri? Ermm.... Dunia dh semakin tua... Salah 1 tnda akhir zaman apabila si ibu melahirkan tuannya...(anak yg menderhaka)

Kat sini sy nak kongsi 1 cerita yg sy dpt...sama2 kita renungkan ek...


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."


"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.


Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti.."

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"


"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.


"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu hari dia bertanya kepada seorang ustaz di sebuah masjid....
Maka jawab ustaz sambil tersenyum.....
"Firman Allah ~~

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.


Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.


"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.


"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.


"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?


"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."



Si anak mengangguk faham sambil mengesat air mata yang tiba - tiba mengalir dari kelopak matanya.....
Mulia sungguh seorang wanita....~~

Hayati lagu ni... -->>

 

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
 ...................................................................................................

Setengah orang bukan Islam berpendapat susah mnjadi wanita ISLAM kerana :


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka (warisan) kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak harus selalu taat pd isterinya.
7. talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat karena masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.


Itu kalau kita fikir dengan akal yang cetek... Cuba kita fikir dari sudut pandangan Islam tentang WANITA...


  • Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak-anak.
  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah SYAHID.
  • Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.  Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya,  ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
  • Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
  • Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya ALLAH ... demikian sayangnya ALLAH pada wanita .... kan? (^^,)


Sama2 kita renung2kan ye... Insya' Allah yg baik itu dr Allah S.W.T dan yg buruk itu dr kelemahan sy sbg hambaNya...
Jmpa lg nnti..dadaaaaa.... (^^,)

3 comments:

  1. :)) ChijajaT....tomey nama... :)

    ReplyDelete
  2. good entry la yunk,..good job,..oo miss my mum,...sob3

    ReplyDelete
  3. thanks my cyunk....
    blek cpat2 taw.... (^^,)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...