لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Salam sejahtera juga diucapkan kepada anda semua..... :)
Selamat terus menjalani ibadah puasa dan ibadah2 sampingan di bulan penuh barakah ini....
Mudah2an segala amalan kita diterimaNya...Amin Ya Rab.... :)
Ha....Now...Merujuk kepada tajuk di atas....Sy saja la nk wat entry sal lelaki n pompuan ney...coz sumer sedia maklum an....kita xdpt nk phm antara 1 sama lain even dh berkawan bertahun2.... an??
Mcm hubby n wife la..kawen bnyk2 taon p0n still gaduh g bila si hubby xtawu nk pujuk wife dye bila wife 2 maj0k....an?? hehehe
Biasa la 2...lumrah hidup.....tmbh la kita ney yg msih kawan lg...bl0m bkongsi umah, bkongsi bilik, bkongsi katel n segala mcm lg yg dikongsi...Lg la jurang nk phm memahami 2 jauh an.....Tp ada gak yg super duper hebat si Lelaki ney....dye bleyh phm kekasih ati dye ney cmner....sekali treat jer...kekasih ati dye 2 akn cair lentok habis ngan kata2 dye.....ada gak yg ari2 gaduh....adeyh...sal menda kicik jer p0wn maw gaduh ker?? Biasa la 2...gadoh2 mnjer....an2?? lupa la 2..entry lepas la...hehehehe
Ok...sekarang....Sy nk bwk anda wahai kaum ADAM....mengenali kami kaum HAWA yg terciptanya kita untuk saling melengkapi..... (^_~)wink2....
Andai Lelaki tahu.....
Dalam hati seorang Perempuan....
Ada naluri untuk disayangi....
Ada rasa untuk diberi perhatian...
Ada keinginan untuk didengari keluh kesahnya....
Ada waktu – waktu minta ditemani kesedihannya.....
Ada naluri untuk disayangi....
Ada rasa untuk diberi perhatian...
Ada keinginan untuk didengari keluh kesahnya....
Ada waktu – waktu minta ditemani kesedihannya.....
Andai Lelaki tahu.....
Rajuk seorang Perempuan minta dipujuk...
Marah seorang Perempuan minta didekati....
Sedih seorang Perempuan harus didengari....
Sedih seorang Perempuan harus didengari....
Gembira seorang Perempuan ingin dikongsi....
Andai Lelaki tahu....
Disebalik seribu satu rasa itu....
Ada sekeping hati nan lembut....
Bukan untuk dimanjai....
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh....
Hanya perlu sedikit perhatian...
Agar rasa kasih itu terasa wujud....
Agar rasa kasih itu terasa wujud....
Walau di saat berjauhan.....
Kerana andai Lelaki tahu....
Hati ini sering bertanya....
Pada diri seorang Perempuan....
Wujudkah CINTA itu di hati Lelaki.... ????
Bila di saat jauh tanpa perkhabaran......
Bila di saat jauh tanpa perkhabaran......
WAHAI LELAKI...........
- Bila seorang perempuan menyatakannya bersedih tetapi dia tidak menitiskan air mata....Itu bermakna dia sedang menangis di dalam hati....
- Bila dia tidak menghiraukanmu setelah kamu menyakitinya....Lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegurnya dengan ucapan maaf...Pasti kemaafan akan terhulur oleh sekeping hati seorang perempuan yang tulus suci....
- Perempuan sukar menyataka dia benci kepada orang yang paling dia sayang meskipun hatinya sering dilukai...
- Sekiranya seorang perempuan jatuh cinta dengan seorang lelaki...Lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain....
- Bila dia berdepan dengan lelaki yang dia sukai dan cintai...Dan lelaki itu merenung ke dalam matanya...Percayalah hatinya akan cair seperti coklat.... !! :)
- Secara lumrahnya perempuan memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian.... :p
WAHAI LELAKI...........
- Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati...Tolak cintanya dengan lembut...Jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri seorang perempuan yang kamu takkan tahu bila dia sudah membuat keputusan dia akan lakukan apa saja tanpa akal yang waras...
- Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu setelah kamu menolak cintanya...Biarkan dia seketika...Sekiranya kamu masih ingin menganggapnya seorang kawan...Cubalah tegur dia perlahan-lahan....
- Sekuntum senyuman memberi seribu pengertian kepada seorang perempuan, jadi janganlah senyum sebarang... :)
- Jangan sesekali mengagak apa yang perempuan rasai melainkan kamu bertanya sendiri kepadanya....
- Jangan sesekali beritahu perempaun yang mereka ini langsung tidak berguna kerana ia adalah satu luka yang amat dalam dan bimbang ia menjadi dendam....
- Elakkan bersikap terlalu serius kerana ia akan mematikan mood perempuan....
WAHAI LELAKI........
- Perempuan suka meluahkan apa yang mereka rasa...Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati mereka.... :)
- Teman baiknya adalah tempat utama dia mencurahkan dan berkongsi segala rahsia tentang lelaki yang dicintainya.... ;)
- Bila pertama kali lelaki yang dicintai dalam diam memberi respon positif..misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadih akan bersikap acuh tak acuh seolah2 tidak berminat....Tetapi sebaik sahaja ganggang diletakkan dia akan terus menjerit kesukaan dan tidak sampai 10 minit semua rakan2nya akan tahu berita tersebut...
- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya...Tetapi lelaki yang dicintai sekarang berada di tempat teristimewa di hatinya.... :)
- Cinta bagi seorang perempuan adalah kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi....
- Sebenarnya mudah mengambil hati perempuan andai tahu bagaimana menghargainya kerana apa yang dia mahukan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi serta perhatian dr lelaki pujaan hatinya.... :)
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.Renung2kan ye wahai insan bergelar Lelaki..... (^_~)Wallahua'lam...~~


andai kau tahu apa yg ada dihatiku :)
ReplyDeleteapa?? haha
ReplyDelete