Assalamualaikum ..
Tolongggg .. Tlg bgtaw sy yg cita 2 xbtoi .. Tlg la .. Tlg la .. Hurm .. Awat emotional cgt neyh ? Tp mang sy tgh emo p0wn cik bloggy .. Y_Y
Mereka adalah pasangan artis yg paling sy suka .. Suka cgt2 .. Sejak depa berlakon lam cita NUR KASIH lg ..
Remy, Tiz sah putus cinta
![]() |
|
MULA bercinta di lokasi filem Nur Kasih The Movie,
Remy mendakwa walaupun telah putus cinta dengan Tiz, mereka masih boleh
meneruskan hubungan profesional dalam lakonan. Terbaru, mereka
digabungkan sebagai pasangan kekasih dalam drama Cinta Jangan Pergi.
|
KALI ini putus cinta yang ke-453! Sebaik sahaja petikan usikan yang
ditulis sebuah portal hiburan itu diucapkan semula ke telinganya, duta
Dashing itu tergelak besar. Dia memberi isyarat tentang cerita yang
sudah berbulan tersimpan di dada itu sudah bukan sesuatu yang
menyakitkan untuk dikongsi. Sementelah kata Remy, dia tidak sanggup
membiarkan imejnya tercalar disebabkan kisah peribadi.
Cerita cinta Remy Ishak dan Tiz Zaqyah muncul lagi. Kali ini, sekali
lagi luahan beremosi Remy menerusi laman Twitter miliknya mengundang
andaian peminat dan media bahawa dia dan Tiz sudah tidak sehaluan.
Petikan-petikan yang berbunyi 'the relationship was gone a long time
ago...' serta 'the best way to end the relationship is to burn the
bridge...' yang ditulis Remy beberapa hari lalu semakin menguatkan
spekulasi ramai bahawa percintaan mereka sudahpun berkecai.
Akui Remy, tulisan itu sebenarnya satu kenyataan rasmi berhubung
status percintaannya dengan Tiz yang sering berdepan persepsi ramai.
"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan
rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan
pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan
menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil
tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan
keadaan," tegas Remy tentang percintaannya yang telah bertemu jalan
penamat.
Berputik cinta dari lokasi filem Nur Kasih The Movie, Remy
bagaimanapun tidak menafikan dibaluti kesedihan kerana terpaksa
melupakan perhubungan yang telah dibina sejak tiga tahun lalu.
"Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat
bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih
serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang
mahu diterokainya," ujar Remy sambil memohon semua pihak agar tidak
mencari kesalahan mana-mana pihak atas perpisahan mereka.
|
|
REMY akhirnya mengakui secara terbuka bahawa hubungannya bersama Tiz tidak mampu diteruskan.
|
Lama menyembunyikan berita itu daripada pengetahuan umum, kata Remy,
dia tidak berniat untuk menipu atau mempermain-mainkan harapan peminat.
"Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk
dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi
artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang
hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang
tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz
tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza.
"Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan
menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka
mulut," katanya.
Sambil menjelaskan masih boleh berkawan dan perpisahan itu tidak
menyekat hubungan profesional mereka sesama artis, sebagai bukti kata
Remy: "Kami sama-sama di lokasi drama bersiri Cinta Jangan Pergi arahan
Khabir Bhatia. Dalam drama itu saya masih boleh berlakon jadi kekasih
Tiz."
Dua kali putus cinta bersama wanita berstatus selebriti, kali pertama
bersama pelakon Ummi Nazeera dan kini Tiz, Remy ditanya tentang
kesukaran mempertahankan cinta sesama artis yang berlaku ke atas
dirinya.
"Kalau ada persefahaman yang kuat, rasanya tidaklah sukar sangat,"
jelas Remy yang pernah juga digosipkan bercinta dengan Maya Karin
selepas berganding dalam teater Natrah dan filem Cun!
Ditebak lagi tentang punca perpisahan sesebuah percintaan yang
lazimnya dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga, Remy menafikan andaian
itu.
"Seperti yang katakan tadi, saya tidak mahu kisah putus cinta antara
saya dan Tiz ini dikaitkan dengan sesiapa, tiada siapa yang salah atau
siapa betul. Kami putus secara baik. Saya dan Tiz kena terima hakikat
bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen,"
katanya mahu fokus kepada karier namun tidak serik jika ditakdirkan
jatuh cinta lagi.
Ney petikan yg sy dpt dlm paper kosmo ari neyh .. Hmmm .. Ciyesly cedih .. Sy arap cgt depa ni bleyh kawen .. Still together2 .. Tp nmpknya aturan Allah 2 lg hebat .. Mungkin ada hikmah atas apa yg berlaku ni .. Betul la .. Sy hampir terlupa plak akibat emo cgt cik bloggy .. Kita hanya mampu merancang, tp Allah yg akan menentukan segalanya ..
Apa2 p0wn sy masih berharap ada sinar utk depa ni bersama .. Alah, biasa la 2 dugaan bercinta .. Insya' Allah .. Berkat doa peminat2 yg selama ni sokong depa (termasuk sy) Ada jln yg terbuka nanti ..
Meskipun memang jodoh depa xdak .. Kita semua kena redha .. Siapa kita untuk menidakkan kehendak Yang Esa .. Wallahua'lam ..
~KISAH HATI ~
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Selamanya



No comments:
Post a Comment